Nampak tak sekawan lembu berbulu sedang melepak di belakang?
Semua orang sibuk merakam kenangan dengan keluarga masing-masing
View dari lokasi yang sama..
Sampai di tempat parking kereta, terus mencari tempat untuk lunch sebab semua orang dah lapar.. Tapi disebabkan hujan, kitorg terus le berkereta sampai le ke Ullswater... Tengok hujan dah reda, cepat2 bukak boot kereta dan susun makanan.. Baru separuh jalan makan, dah hujan balik.. Nasib baik tak lebat, so teruskan le makan.. Abih makan sesi bergambar yang tak le seceria mana sebab cuaca nye pun tak le seceria mana pun...
Dah abih berposing2 di sekitar Ullswater, kitorg balik ke Old Langdale untuk check in caravan.. Lepak2 sementara menunggu rombongan lain sampai ke caravan masing2. Memula Kak Ude satu family datang nak tumpang sembahyang.. Pastu Shukor ngan Mona join melepak.. Dah lama Muhalim pulak join.. Kira meriah le caravan tu kejap.. Masing2 sibuk berciter kesusahan dan kepayahan hidup masing2... Malam tu ada aktiviti membakar satay dan kambing... Aku join lambat sket sebab nak tidokan budak2 dulu supaya mak budak boleh makan dengan senang lenang nye.. Kenyang le malam tu makan satay ala2 satay kajang ngan kambing hangus.. Hahahha..