Want your
own Fotopage?










 
Amin's & Ila's FotoPageS

By: eyla yusuf

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 23:03 Email | Share | Bookmark
Chocolate Muffin, Cupcakes Puan Sri & Icing Cupcakes

Cupcakes Puan Sri..
Lembut dan gebu tau..
Cupcakes untuk besday Kakak..
Amatur nye decorating.. Hehehhe..
Chocolate muffin..
Muffin nie pun gebu jugak..
Kakak suka dapat makan muffin nie..
Nie semua muffin dan cupcakes yang pernah dicuba.. Resepi ambik kat mana lagik kalo bukan kat fotopages Kak Liza.. Yang ada icing tu buat masa birthday Kakak on last 21 July.. Kak Liza kata nama cupcakes Puan Sri diambil sempena nama orang yang bagi resepi tu kat Kak Liza..

CUPCAKES PUANSRI

BAHAN
200 g butter
180 g gula halus
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 telur

CARA
1. Ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan esen vanilla
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang dah diayak
6. Sudukan adunan dalam cup muffin sehingga 2/3 penuh
7. Bakar dalam oven dengan suhu 175C selama 20-25 minit until sehingga masak

CHOCOLATE MUFFIN

BAHAN
2 butir telur ~ dipukul sedikit
1 cawan (200 g) gula
1 cawan (130 g) tepung
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
2/3 cawan (160 ml) susu segar
2/3 cawan (160 g) mentega ~ dicairkan
120 g chocolate chips (jika suka)

CARA
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan gula dan gaulkan mengguna whisk.
3. Di dalam periuk yang kecil, cairkan mentega. Alihkan dari api dan tuangkan susu, telur dan esen vanila. Kacau rata.
4. Buatkan lubang di tengah bahan kering dan tuangkan bancuhan susu.
5. Kacau menggunakan whisk hingga adunan bercampur. Jangan terlebih kacau. Masukkan chocolate chips yang telah ditaburkan sedikit tepung (bagi mengelakkan ia mendap ke bawah). Adunan akan kelihatan berketul.
6. Sudukan ke dalam mangkuk muffin, 2/3 penuh. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 175C atau sehingga masak.


Quote:
Kak Liza - thanks a lot sebab sudi kongsi resepi dalam fotopages Kak Liza. Kak Liza le idola ku.. Resepi? Ala.. Semua cilok dari fotopages Kak Liza je..

tulisla resepi yg dibuat tu..
aceli mmg ada nick Puan Sri kat forum cari.com.my nun...
n she pun ada bagi resepi cupcake ni...
Tue 4-Sep-2007 00:44
Posted by:kakliza  - [Link]
chocolate muffin ni kcu pki whisk tu aper...kacau pakai pemutar kek ke? Sat 10-Jan-2009 06:01
Posted by:linda linda_mz81@yahoo.com
apa resepi untuk buat icing kat atas cup cake tue?? boleh tlg ajar tak? Wed 7-Oct-2009 08:01
Posted by:sharmyza biedotz@yahoo.com
ape bahan2 u gune utk buat icing?b4 this pnh buat cupcake but icing nye mcm tak jd la..icing nye cair la..do u know why? Wed 25-Nov-2009 06:59
Posted by:kazuki coklat_sugarune@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.